Friday 7 February 2014

Makanan yang baik untuk ibu hamil

Assalamualaikum..hai anda pregnant? da masuk trimester ke-2 atau ke-3? Alhamdulillah tahniah eh..jaga baby tu elok2.pemakanan kena jaga k.makan yang berkhasiat. Ha meh baca ni..

teringat lak time preggy dulu..hee :)
Ibu hamil memerlukan nutrisi yang lebih dari orang biasa untuk memastikan ibu dan baby dalam perut sihat sejahtera. Selain itu, dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, kelahiran pramatang dan kurang berat ketika lahir.

Harapannya biarlah bayi yang lahir nanti bijak, baik, sihat dan ceria bukan? Pemakanan merupakan faktor penting kerana apa yang kita makan akan memberi kesan kepada bayi. Kalau ikot pengalaman dulu, saya memang makan macam2 sampai kena marah dengan nurse.hihi..takde lah yg penting sebenarnya kena makan yang berkhasiat dan elak makan yg tajam, panas seperti nenas, tapai..

Antara makanan yang baik utk ibu hamil 

1. TELUR


Telur ni murah je tapi sebenarnya ia memberi khasiat dan penting kepada ibu kerana kandungan kolin dimana ia dapat mengurangkan risiko bayi terkena gangguan penyakit dan dapat mengurangkan stress ibu hamil sebelum bersalin.
Ada pula sekarang telur dengan omega 3, yang tu lagi bgus sebab omega 3 ni baik untuk otak dan perkembangan bayi.



2. KACANG


Kacang ada macam-macam kacang..seperti kacang hijau, cashew nut, kacang merah, kacang panjang, kacang apa lg eh..tu kena senaraikan banyak ni..Khasiat dia pun byk..Contohnya,

Kacang hijau mengandungi serat, asam folat, kalsium, fosfor, lemak, vitamin B1 & B2, protein dan karbohidrat. Serat bantu proses pencernaan, asam folat bantu perkembangan sistem saraf janin dan elak dari kecacatan. Kalsium dan fosfur utk pertumbuhan tulang dan kesihatan gigi, gusi. Vitamin B1 dan B2 bantu penyerapan protein, pertumbuhan janin, bant fungsi saraf.

Kacang soya biasanya diambil dalam bentuk tempe, tauhu dan air. Ia merupakan sumber protein mgdungi asid amino, memberi tenaga, kalsium utk tulang dan isoflavon yg mmpunyai hormon estrogen yg membantu mguatkan tulang.

3. UBI


Ubi elok utk ibu hamil kerana ia dapat membekalkan vitamin A, vitamin C dan zat besi, serat, kalium dan vitamin B6 dimana ia sangat baik dalam membekalkan kesihatan kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Sumber vitamin A dari ubi ni lebih baik dari sumber protein haiwan seperti susu, hati dimana jika diambil berlebihan akan memberi kesan.

4. IKAN SALMON


Ikan Salmon ni tak sama macam ikan yang lain kerana mengandungi kandungan Omega-3 yang tinggi dimana baik untuk ibu dan bayi dlm perut.  Omega 3 ni diperlukan untuk pertumbuhan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi. Kajian telah mengesahkan pengambilan tambahn EPA dan DHA kepada diet seorg ibu hamil memberi kesan positif pada pembangunan penglihatan dan kognitif bayi. Kajian juga penggunaan oemga 3 yg lebih tinggi dapat mgurangkan risiko alergi di kalngan bayi.

Asid lemak omega 3 ni bgus utk ibu hamil. boleh bantu mencegah kelahiran pramatang, kurgkan risiko pre-eklampsia dan meningkatkn berat kelahiran bayi. Kekurangan boleh meningkatkan risiko kemurungan kepada ibu. ade lg sumber omega 3 selain salmon seperti tuna, sardin, ikan bilis dan ikan hering.

5. BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN


Ha yang ni antara yang penting.sila makan sayur ye mommies.bukan apa sayur-sayuran ni mengandungi nutrien yang diperlukan untuk ibu dan bayi yang sedang membesar.
Pakar mengesorkan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari
 (sebaiknya 3 hidangan buah-buahan bewarna kuning dan sayur-sayuran berdaun hijau dan 2 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran yg lain)

Fuh byknye nak kena makan kan..hee..belajar2 la eh.be creative dalam pemakanan kita demi baby dalam perut nih..:)

ok mommies.nanti sy update lagi..


Salam sihat dan cantik,
~Aisyah~
UmmiAmmarArif

0 comments: