Friday 26 January 2018

6 Perkara Ibu Menyusu Perlu Elak Supaya Susu Tak Merundum

Diam tak diam ammar arif dah nak masuk 2 tahun rupanya..cepat nya masa berlalu :)

Apepun saya doakan semoga hari-hari kita lebih baik la ye..untuk ibu-ibu baru selamat berpantang dan happy breastfeeding..jom sokong penyusuan susu ibu ye..

Rasa dah banyak tip saya share sebelum nih...11 Tip Penyusuan Susu Ibu Yang Kita Perlu Tahu

Untuk entry kali nih..saya nak kongsikan tips untuk berjaya dalam penyusuan... cuba ELAKKAN perkara berikut: 

1. Tidak mengepam atas alasan payudara tidak bengkak 

Breast hanya akan cepat bengkak apabila pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein seperti ESP dan alfalfa. Sesi mengepam yang konsisten (dan kerap) akan membantu memberi signal kepada otak bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu kerana sentiasa ada permintaan. 

hari-hari mesti kena pam at least selang 3-4 jam tau~
2. Pengambilan minuman bergas dan berais 

Secara perlahan-lahan amalan ini akan mengganggu penghasilan susu ibu. Walaupun mungkin tidak berlaku kepada semua ibu namun yang ibu pasti amalan ini akan menyebabkan si ibu mudah mendapat sakit urat disebabkan pengambilan ini yang berterusan.  

Untuk orang biasa pun bahaya apatah lagi pada ibu-ibu yang menyusu ni tau..tahukah anda bahawa AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan dan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak terbentuk maka saluran darah kita pun boleh tersumbat menyebabkan lemak terkumpul dan kita semakin gemuk dan seterusnya mendapat pelbagai PENYAKIT.

Seram lah pulak kannn..fuhh...Jadi sila bertabah okeh mommies~~


3. Pengambilan minuman berkafien 

Kafein menggangu kelancaran saraf dalam jangka panjang. Walaupun ada yang membuat kenyataan, buah kopi mengandungi antioksida yang tinggi...namun kita tidak makan buah kopi ratah begitu sahaja...ianya diproses dan telah kita maklum kopi itu mengandungi kafein yang lebih tinggi berbanding teh. 

Sedap nye..sesekali takpe la kot..hee...kang kempunan susah..
4. Pengambilan supplement khas untuk diet 

Apabila si ibu mengambil supplement untuk diet seperti menjadikan minum berfiber menggantikan makanan sarapan pagi maka secara langsung si ibu telah mengurangkan zat asli dalam badannya. Walaupun jaminan selamat namun yang paling perlu kita fahami ialah, susu ibu itu sangat kaya dengan nutrisi melalui pengambilan makanan si ibu. Maka apabila makanan yang sepatutnya dimakan itu digantikan segalanya dengan pengambilan suplement semata2 maka khasiat sebenar akan berkurang dan secara langsung memberi kesan kepada penghasilan susuibu pada masa akan datang. 

Supplement sepatutnya diambil hanya untuk mengisi ruang kekosongan zat dalam badan dan BUKAN menggantikan pengambilan makanan harian yang sebenar. Bagi ibu2 yang mengamalkan supplement diet pasti dapat melihat hasil perahan susu ibu cair berbanding dengan mereka yang mengambil supplement sebagai tambahan kepada makanan harian mereka yang mendapat hasil susu ibu sangat pekat dan lebih enak, pastinya!  

Kalau lapar makan je lah..jangan risau nak gemuk sangat lah sebab kalori-kalori kita sedang terbakar tau masa menyusukan baby..best kan :)

5. Merungut setiap masa 

Jangan sesekali merungut atau rasa kecewa dengan hasil perahan tetapi sebaliknya sentiasa bersyukur agar Allah menambahkan nikmat seperti janjiNya iaitu Allah akan menambahkan nikmat kepada sesiapa sahaja yang bersyukur.

Insyaallah kena selalu positif ye..insyaallah tuhan akan bantu kita.berusaha tau mommies~~

Jom baca Doa Banyakkan Susu Ibu nih ye :)

Credit to : surijunior.com

Apepun saya doakan moga kita terus berusaha untuk jadi ibu yang terbaik ye...kalau nak tanye, discuss ape-ape ke..jangan segan-segan msg sy terus ye..


0 comments: